Urbanisasi didefinisikan sebagai proses pertumbuhan penduduk di bandar-bandar. Selain itu, ia juga merujuk kepada proses perubahan terhadap tempat kediaman yang bersifat tradisional kepada kediaman bersifat moden. Seterusnya urbanisasi juga dikatakan daripada proses perubahan sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perniagaan dan perdagangan.
Secara umumnya,urbanisasi pesat berlaku di negara-negara sedang membangun di asia dan juga di negara maju. Tetapi ciri-ciri urbanisasi di kedua-dua negara adalah berbeza mengikut tahap negara masing-masing. Ciri-ciri urbanisasi di negara membangun ialah migrasi ke bandar, pendapatan rendah, kerja di kilang kurang, urbanisasi palsu, terlibat dalam sektor tertier dan akhir sekali ialah taraf hidup rendah. Manakala ciri-ciri urbanisasi di negara maju ialah migrasi ke bandar, taraf hidup tinggi, banyak peluang kerja di kilang, terlibat dalam sektor kilang dan akhir sekali jumlah pendapatan yang tinggi.
Migrasi ke bandar merupakan ciri pertama urbanisasi di negara yang sedang membangun. Migrasi dalaman dan luaran berlaku demi meningkatkan kualiti hidup. Contohnya migrasi dalaman yang dilakukan oleh penduduk Indonesia adalah demi kepentingan bersama. Selain itu, proses transmigrasi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia adalah untuk menyeimbangkan sumber-sumber yang ada. Penduduk Pulau Jawa di pindahkan ke pulau-pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang mempunyai populasi penduduk yang sedikit.
Proses transmigrasi ini telah mewujudkan banyak bandar baru.Di samping itu, penawaran peluang pekerjaan di sektor perkilangan adalah kurang dan ini menunjukkan berlakunya proses pembandaran atau urbanisasi. Kebanyakan penduduk di negara sedang membangun mengambil peluang bekerja di sektor perkilangan demi menambahkan pendapatan mereka. Pendapatan yang rendah diterima oleh penduduk adalah ciri ketiga proses urbanisasi di negara sedang membangun. Pendapatan rendah yang diterima oleh mereka adalah disebabkan penawaran peluang pekerjaan yang sedikit. Hal ini kerana urbanisasi di negara sedang membangun tidak disertai dengan proses perindustrian.
Terdapat banyak urbanisasi palsu (pseudo urbanization) berlaku disebabkan oleh proses pembandaran. Urbanisasi palsu atau lebih dikenali sebagai setinggan banyak terdapat di bandar-bandar negara sedang membangun. Masalah setinggan ini adalah kerana faktor pendapatan yang rendah tetapi taraf hidup yang tinggi. Pada pandangan saya, masalah setinggan ini patut diatasi demi mempercepatkan lagi proses pembandaran. Selain daripada itu, kebanyakan penduduk terlibat dalam sektor tertier atau lebih dikenali dengan sektor pertanian. Kebergantungan penduduk terhadap sektor ini masih lagi tinggi kerana faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan yang rendah. Keterlibatan penduduk dalam sektor tertier menyebabkan taraf hidup penduduk di negara yang sedang membangun rendah.
Manakala ciri pertama urbanisasi di negara maju pula adalah sama dengan ciri urbanisasi di negara yang sedang membangun iaitu migrasi ke bandar. Migrasi ke bandar berlaku adalah disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang banyak. Penawaran peluang pekerjaan yang yang banyak adalah disebabkan oleh keterlibatan bandar dalam sektor perkilangan. Hal ini kerana perkembangan bandar disebabkan oleh perkembangan perkilangan. Proses ini seterusnya menambahkan pendapatan rakyat di negara maju.
Rabu, 3 September 2008
DEFINISI PEMBANDARAN
Langgan:
Catatan (Atom)