PUTRAJAYA 12 Nov 2008. - Perbadanan Putrajaya menerima 15 buah bas Nadi Putra yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan penumpang serta kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda. Bas-bas baru yang diwarnakan merah, hijau, jingga dan biru itu akan memulakan operasinya serta merta dengan perkhidmatan di laluan baru di Presint 5, 6, 15 dan 18 sebagai tambahan kepada laluan sedia ada. Majlis penyerahan bas-bas itu menjadikan jumlah bas awam di Putrajaya sebanyak 70 buah. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, kerajaan sudah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM70 juta untuk menambah bilangan bas awam dan dengan komitmen itu sebanyak 104 buah bas akan ditambah dalam tempoh setahun dua lagi. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi dan Pengarah Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Mohd. Nadzmi Mohd Salleh kepada zulhasnan. Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.
Sumber : Utusan Malaysia,12 Nov 2008
Sabtu, 15 November 2008
Perbadanan Putrajaya Terima 15 Buah Bas Nadi Putra Guna CCTV.
Dicatat oleh mohd shukrimi bin samsudin(A119734) di 1:20 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan