CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 10 Oktober 2008

Perbadanan Putrajaya (PPJ)

Kumpulan kami telah diarahkan untuk mengkaji Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Putrajaya iaitu Perbadanan Putrajaya(PPJ). PPJ merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus segala aktiviti perbadanan adalah Tan Sri Samsudin Osman.


Objektif

Objektif perbadanan adalah untuk mentadbirkan dan menguruskan Kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan.



Fungsi-fungsi Perbadanan ialah—

(a) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(b) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(c) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan
(d) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya.



Bidang Kuasa Perbadanan

Perbadanan mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang berkait rapat dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya. Antara bidang kuasa mereka adalah :-
(a) menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;

(b) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti aktiviti yang bersifat komersil di mana penjalanannya dirasakan perlu oleh Perbadanan, berfaedah atau sesuai dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;

(c) mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan-tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;

(d) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen pengurus atau selainnya bertindak bersama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan;
(e) memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa- apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan;

(f) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;

(g) menghendaki jabatan-jabatan kerajaan dan agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam atau bercadang hendak menjalankan pembangunan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya mengemukakan laporan-laporan,yang mengandungi butir dan maklumat yang ditentukan oleh Perbadanan, mengenai aktiviti aktivitinya;

(h) melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi melaksanakan fungsifungsinya;

(i) dengan kelulusan Menteri, menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindah milikkan atau melupuskan mana-mana aktivitinya berhubungan dengan fungsi-fungsinya di bawah seksyen ini atau menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan mana mana asetnya;

(j) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana mana fungsi atau kuasanya;

(k) mengawalselia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan

(1) melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsifungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.




Sedikit Data


Keluasan 49.30 km persegi
Jumlah Penduduk 37, 200 (bancian pada tahun 2000)
Komposisi Penduduk Bumiputera : 35,600 (96.00%)
Bukan Bumiputera : 1, 600 (14.00%)

0 ulasan: