CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 10 Oktober 2008

Tentang Putrajaya

Sebelum kita tertumpu pada Perbadanan Putrajaya(PPJ) eloklah dahulu sekiranya mengimbau dan meneliti selok belok tentang Putrajaya. Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah salah satu pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Sebagaimana kita tahu, sebelum diitubuhkan Putrajaya, Kuala Lumpur merupakan satu tempat bagi semua pentadbiran. Lantas, memandangkan perkembangan sosioekonomi yang semakin pesat, pihak kerajaan memindahkan k kepada satu tempat yang strategik seperti sekarang iaitu Putrajaya. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun dan negara-negara barat dan eropah.

Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Oleh yang sedemikian, Perbadanan Putrajaya(PPJ) diberikan mandat dan kepercayaan bagi mengurus perjalanan dalam kawasan putrajaya ini dalam berkeadaan yang baik. Hal ini adalah penting bagi menjaga imej bandar kepada pelancong asing dan negara secara amnya.

0 ulasan: