Sudah kita sedia maklum, peranan dan usaha PBT bagi setiap Bandar atau bandaraya yang dipertanggungjawabkan adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran majlis, bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran serta persekitaran hidup yang lebih baik dan selesa kepada rakyat, selaras dengan hasrat Kerajaan dan Negara kita Malaysia pada tahun 2020.
Kerajaan kita sedar bahawa apabila sesebuah PBT itu telah mendapat status Bandaraya, ianya akan menghadapi cabaran yang besar dan kompleks dari segi fungsi dan tanggungjawabnya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam hubungan ini Perbadanan Putrajaya tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran seumpama ini di mana ianya akan berhadapan dengan peningkatan tuntutan dan harapan orang ramai sebagai pembayar cukai di dalam pelbagai aspek seperti penyediaan kemudahan prasarana dan infrastruktur, perkhidmatan bandar, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain, sesuai dengan taraf dan fungsinya sebagai sebuah Bandaraya.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan pada perisytiharan Bandaraya Alor Star tahun 2003, menyatakan di antara perkara–perkara yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan oleh PBT dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya, sebagaimana yang di sarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan sepertimana yang terkandung dalam Strategi Baru Ke Arah Meransang Pertumbuhan Ekonomi Negara, di mana pentingnya PBT meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Perkhidmatan atau “Delivery System” . Di antara strategi tersebut adalah meliputi pelbagai langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di mana langkah-langkah berhubung Hand-Holding, Proses Kelulusan Pelan Bangunan dan CFO melalui OSC, dan langkah berhubung dengan mempercepatkan kelulusan lesen dan permit. (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2003).
Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan mutu perkhidmatan bandar dan kualiti hidup juga perlu diberikan penekanan oleh PBT, khususnya dalam aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Tahap kebersihan bandar dan persekitaran di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar , stesen bas, kawasan rekreasi, taman-taman awam, premis perniagaan, tandas awam dan sebagainya hendaklah diselenggara dengan baik dan sentiasa terjaga kebersihannya. Jika sekiranya aspek ini tidak diberi perhatian dan seterusnya tidak diambil tindakan yang berkesan seperti tindakan undang-undang, penyelenggaraan kawasan dan sebagainya, ianya boleh mendatangkan imej yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri dan PBT berkenaan terutama di kalangan pelancong dari luar negara.
Hal inilah yang diambil berat oleh PPJ dalam usaha menguruskan dan mentadbir Putrajaya. Mereka menyedari bahawa segala keefisienan Bandar yang diuar-uarkan adalah tidak seratus peratus berjaya kerana terdapat juga kelemahan dan cabaran-cabaran yang dihadapi, melainkan adanya kerjasama yang dapat diberikan oleh penduduk.
Artikel seterusnya akan menghuraikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi Perbadanan.
Selasa, 14 Oktober 2008
Sedikit Peranan Perbadanan Putrajaya (PPJ)
Dicatat oleh mohd shukrimi bin samsudin(A119734) di 2:40 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan