CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 November 2008

Analisis Bahagian E

Ulasan Bahagian E
Bahagian terakhir ini membincangkan pandangan responden daripada setiap sudut terhadap keefisienan sesebuah bandar samada pada tahap yang terbaik dan paling bermasalah. Hasil selidik di bawah menerangkan butir-butir dan maklumat yang diperolehi daripada para reponden.


Aspek bandar paling efisien :

1- sesebuah bandar yang maju dan membangun
2- menyediakan peluang pekerjaan
3- kurang kejadian jenayah
4- jaringan jalan raya moden dan lancar

Aspek bandar yang tidak efisien :

1- kesesakan lalu lintas pada waktu-waktu puncak
2- kejadian jenayah yang tinggi
3- masalah sosial



Seterusnya, ulasan terakhir pada bahagian ini adalah ulasan keseluruhan para responden terhadap keefisienan di sesebuah bandar. Kebanyakan responden menyatakan bahawa keefisienan sesebuah bandar itu terletak kepada PBT yang menguruskannya. Seterusnya, keefisienan bandar yang baik memberikan kepuasan yang optimum kepada penduduk setempat dan pelancong. Ini kerana bagi pendapat responden, keefisienan bandar yang baik adalah perlu bagi masyarakat.

Analisis Bahagian D

Ulasan Bahagian D
Bahagian D membincangkan terhadap pengalaman para responden terhadap berlakunya situasi di mana mereka menghadapi sebarang permasalahan ketidak efisienan sesebuah bandar yang pernah dilawati dari masa kini dan 5 tahun yang lepas. Antara masalah yang biasanya responden hadapi adalah kesesakan jalan raya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Menurut mereka kesesakan berlaku pada waktu puncak pagi dan petang.


Kemudahan awam yang tidak sempurna turut dialami oleh para responden. kejadian tandas rosak dan tiada bekalan air dialami oleh mereka. ini disebabkan kurang penyelenggaraan oleh pihak yang berwajib.Aspek keselamatan pada tahap yang rendah dialami responden apabila berlaku kerosakan lampu trafik dan sistem pengangkutan yang tidak cekap.

Analisis Bahagian C

BAHAGIAN C : RANKING TAHAP KEEFISIEN BANDAR MENGIKUT KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Pemilihan mengikut ranking tertinggi dan tercorot.Ranking Putrajaya dan CyberjayaBerdasarkan gambarajah di bawah dapat dilihat bahawa Putrajaya dan Cyberjaya menjadi majoriti pilihan responden menyatakan bahawa bandar tersebut merupakan bandar yang paling efisien dilembah kelang. Ini kerana bandar tersebut baru dibangunkan dan bercirikan pembangunan bandar moden sesuai dengan pusat pentadbiran persekutuan .

Analisis Bahagian B


Bahagian B (alam sekitar)






















































Bahagian B

Bahagian B 7 (Keselamatan)

Bahagian B

Bahagian B 5 (Pengangkutan)

Bahagian B

Bahagian B 4 (imej)























Analisis Bahagian B

Bahagian B 3 (Infrastruktur)



Bekalan Air



Bekalan Elektrik




Rangkaian Telekomunikasi




Jaringan Jalan Raya



Sistem Pembentungan


Analisis Bahagian B

Bahagian B 2 (Utiliti)





Kemudahan Kesihatan




Perkhidmatan Awam




Pusat ICT




Kemudahan Agama/ Rumah Ibadat

Kemudahan Rekreasi

Analisis Bahagian B

Bahagian B 1 (Ekonomi bandar)


Perhotelan




Perkhidmatan Awam








Pelancongan dan Rekreasi






Hiburan dan Kehidupan Malam



Pengangkutan Antar dan Pengangkutan Dalam Bandar





Komunikasi dan ICT



Pembangunan Hartanah : Perumahan dan Pejabat




Pendidikan




Kesihatan

Bahagian A

Analisis Bahagian A : Demografi Kalangan Responden
Komposisi Jantina


Carta pai menunjukkan latar belakang responden di mana peratusan responden perempuan 60 peratus adalah melebihi responden lelaki sebanyak 40 peratus. hal ini kerana responden kalangan lelaki sukar ditemubual berbanding perempuan. Mungkin juga disebabkan lelaki yang menolak mungkin mempunyai komitmen yang lebih penting.







Umur Responden



Dari segi umur, kami menumpukan terhadap golongan pekerja dan pelajar yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun. ini kerana refleks terhadap persoalan kajian lebih positif dan jawapan yang lebih membina.











Bangsa



Cartai pai di atas menunjukkan kategori bangsa yang sudi ditemubual dalam kajian ini. Daripada 45 orang responden tersebut, 34 orang berbangsa melayu dengan 75.6 peratus, bangsa Cina 8 orang dengan 17.8 peratus dan kaum India seramai 3 orang dengan peratusannya 3 peratus.



terdapat perbezaan yang ketara kerana bilangan responden melayu yang lebih ramai. Hal ini kerana orang melayu lebih senang dan memberikan kerjasama yang baik berbanding kaum lain. dan ini bukan bermakna kami tidak cuba mencari lebih ramai responden bukan melayu kerana dari pengamatan kami, mereka lebih mengutamakan komitmen dan tiada masa untuk memberikan kerjasama.









Tahap Pendidikan


Graf bar menunjukkan tahap pendidikan para responden yang sudi memberikan kerjasama. Tahap berpendidikan SPM menunjukkan bilangan tertinggi bejumlah 16 orang dengan 37 peratus, diikuti diploma seramai 8 orang dan tahap pendidikan terendah iaitu tidak bersekolah adalah seorang. Ini kerana penduduk di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya sekurang-kurangnya mempunyai tahap berpendidikan SPM.

Tajuk Tugasan : Pendapat dan Pandangan Awam Terhadap Keefisienan Bandar Putrajaya dan Cyberjaya Oleh Perbadanan Putrajaya

Saya dan ahli kumpulan,Mohd Afiq dan Mohammed telah pergi ke kawasan kajian sebanyak enam kali pada hujung minggu dan jika ada masa yang lapang. Dengan berbekalkan sebanyak 45 borang soal selidik (Questionnaire),kaedah survei atau menemubual responden telah dijalankan. kawasan kajian tertumpu di Kawasan perumahan Putrajaya dan Cyberjaya dan kawasan tarikan seperti pusat membeli belah Alamanda, kawasan rehat dan taman rekreasi.


Di dalam borang Questionnaire tersebut, dibahagikan kepada bahagian A hingga E yang menggunakan skala Likert. Perjalanan untuk kajian berjalan lancar dengan penyertaan baik para responden untuk ditemubual.

Akhirnya...

Alhamdulillah..akhirnya saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya menyiapkan kerja analisis melalui data spss ini. ya, memang malam ini merupakan malam yang terakhir untuk menyiapkan kerja di dalam blog ini kerana sebelum ini kami kesempitan masa dengan mengulangkaji untuk peperiksaan akhir. namun saya berharap sedikit sebanyak dapat menyelesaikan tugasan pada malam terakhir ini...

Sabtu, 15 November 2008

Perbadanan Putrajaya Terima 15 Buah Bas Nadi Putra Guna CCTV.

PUTRAJAYA 12 Nov 2008. - Perbadanan Putrajaya menerima 15 buah bas Nadi Putra yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan penumpang serta kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda. Bas-bas baru yang diwarnakan merah, hijau, jingga dan biru itu akan memulakan operasinya serta merta dengan perkhidmatan di laluan baru di Presint 5, 6, 15 dan 18 sebagai tambahan kepada laluan sedia ada. Majlis penyerahan bas-bas itu menjadikan jumlah bas awam di Putrajaya sebanyak 70 buah. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, kerajaan sudah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM70 juta untuk menambah bilangan bas awam dan dengan komitmen itu sebanyak 104 buah bas akan ditambah dalam tempoh setahun dua lagi. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi dan Pengarah Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Mohd. Nadzmi Mohd Salleh kepada zulhasnan. Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Sumber : Utusan Malaysia,12 Nov 2008

Selasa, 28 Oktober 2008

lengang

Cberjaya jika kita melihat daripada luaran memang gah dengan infrastrukturnya ditambah pula dengan ternobatnya Cberjaya itu sendiri sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia.
Namun hajat kami bertiga untuk menemubual dan menyoal selidik penduduk setempat mengecewakan sedikit. hal ini kerana kawasan perumahan sukar dicari walaupun berulang alik ke tempat yang sama. di kawasan pusat bandar tersebut adanya syarikat-syarikat multinasional seperti BMW, HSBC, SHELL, DHL, Shell, Nokia, Motorola dan sebagainya ditambah pula dengan adanya Universiti Multimedia(MMU).
Di kawasan ini adanya beberapa bangunan flat. kami behasrat ke flat tersebut untuk meneruskan kajian,namun setelah mengetahui flat tersebut didiami oleh pelajar-pelajar dari universiti berhampiran,kami membatalkan niat tersebut.ini kerana kami mendapat maklumat bahawa flat tersebut hampir keseluruhan disewa oleh pelajar kebanyakkanya pelajar antarabangsa. seperti yang kita ketahui daripada sumber akhbar,menyatakan pelajar-pelajar asing khususnya dari Negara Africa 'mendominasi' kawasan terbabit. mereka menimbulkan masalah dengan membuat bising di tengah malam dan berlagak samseng. Kami berasa takut juga, manalah tahu kalau terjadi apa-apa yang tidak diduga.
Pada petang sabtu 18/10 itu,hajat kami untuk meneruskan kajian terhalang oleh hujan lebat dan kami memutuskan untuk pulang sahaja ke kampus.

Ahad, 26 Oktober 2008

Kemalangan Sifar Di Putrajaya





Perjalanan kami hampir ke seluruh putrajaya untuk kajian lapangan menyaksikan jaringan jalan raya yang dibina begitu teliti dan tersusun . Hal ini adalah berketetapan dengan imej putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang memerlukan infrastruktur-infrastruktur seperti jalan raya dan sistem trafiknya yang bertahap moden dan antarabangsa.

Maka tidak hairanlah pada 11 Januari 2008 Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai daerah rintis bagi melaksanakan dasar Sifar kematian jalan raya di negara kita.

Pemilihan Putrajaya sebagai daerah rintis bagi pelaksanaan prinsip Wawasan Sifar Kematian jalan raya di negara kita adalah bertepatan dengan statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negara dan sebagai tempat tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(MIROS), Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak-pihak yang berkaitan dalam melaksanakan pelan Wawasan sifar yang meliputi aspek-aspek Kejuruteraan, Pendidikan, Penguatkuasaan dan Alam Sekitar bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

how to go to Putrajaya

Selasa, 14 Oktober 2008

Antara Masalah Yang Dihadapi

Oleh: SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 16 Mac - Penghuni Pangsapuri Mampu Milik Putra Damai di Presint 11 di sini meminta pihak berkuasa melakukan sesuatu terhadap masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan itu.

Menurut mereka, sejak menduduki pangsapuri itu dua tahun lalu, sudah empat kali banjir kilat melanda kawasan itu dan dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, penduduk bimbang ia akan berulang.
Kata penghuni terbabit, apabila banjir kilat itu berlaku, ia akan menyebabkan longkang tersumbat dengan lumpur dan sampah, kawasan letak kereta dan motosikal serta beberapa jalan masuk pula akan digenangi air berlumpur.

Menurut seorang penduduk di situ, Wan Muhd. Zarimi Wan Ali, mereka sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi hanya tindakan baik pulih bersifat sementara sahaja yang diambil setakat ini.
"Setakat ini, tiada tindakan pemulihan jangka masa panjang dilakukan walaupun banjir kilat agak kerap berlaku," katanya.
Wan Muhd. Zarimi berkata, pihak berkuasa juga seolah-olah tidak ada kaedah lain untuk mengatasi masalah itu.
"Jika tiada pemulihan kekal, sudah pasti banjir akan datang lagi dan menyebabkan beberapa longkang tersumbat sehingga menyukarkan aktiviti kami," katanya.
Selain masalah banjir kilat, pangsapuri lima blok yang mempunyai ketinggian 16 tingkat dan lima tingkat itu turut mengalami beberapa masalah lain.
Antaranya ialah bumbung pangsapuri itu sangat mudah tercabut jika dilanda angin kencang.

Dengan membayar harga kos penyelenggaraan sebanyak RM109 setiap bulan termasuk bayaran tabung dana, penduduk berasa tidak puas hati dengan kerja-kerja membaik pulih yang tidak setimpal serta keadaan rumah yang masih lagi tidak diselenggara dengan baik.

Penghuni di situ juga masih belum menerima sijil layak menduduki (CF) sementara yang sudah tamat tempoh lebih setahun lalu.
Menurut mereka lagi, pangsapuri itu belum lagi mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana alat pencegahan kebakaran belum lagi berfungsi.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pangsapuri ini jugabelum dilengkapi kemudahan asas seperti dewan serbaguna, kedai serbaneka dan beberapa kemudahan lain yang penting memandangkan lokasinya terletak jauh dari pusat bandar.
Beberapa masalah lain turut merisaukan kira-kira 2,000 penduduk di situ seperti pembiakan nyamuk aedes, warga asing yang mula menyewa di sini dan anjing liar yang berkeliaran.

Memandangkan Putrajaya merupakan bandar terancang, penduduk berpendapat, mereka tidak sepatutnya hidup dalam keadaan tertekan disebabkan masalah-masalah seperti itu.

Sedikit Peranan Perbadanan Putrajaya (PPJ)

Sudah kita sedia maklum, peranan dan usaha PBT bagi setiap Bandar atau bandaraya yang dipertanggungjawabkan adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran majlis, bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran serta persekitaran hidup yang lebih baik dan selesa kepada rakyat, selaras dengan hasrat Kerajaan dan Negara kita Malaysia pada tahun 2020.

Kerajaan kita sedar bahawa apabila sesebuah PBT itu telah mendapat status Bandaraya, ianya akan menghadapi cabaran yang besar dan kompleks dari segi fungsi dan tanggungjawabnya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam hubungan ini Perbadanan Putrajaya tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran seumpama ini di mana ianya akan berhadapan dengan peningkatan tuntutan dan harapan orang ramai sebagai pembayar cukai di dalam pelbagai aspek seperti penyediaan kemudahan prasarana dan infrastruktur, perkhidmatan bandar, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain, sesuai dengan taraf dan fungsinya sebagai sebuah Bandaraya.


Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan pada perisytiharan Bandaraya Alor Star tahun 2003, menyatakan di antara perkara–perkara yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan oleh PBT dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya, sebagaimana yang di sarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan sepertimana yang terkandung dalam Strategi Baru Ke Arah Meransang Pertumbuhan Ekonomi Negara, di mana pentingnya PBT meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Perkhidmatan atau “Delivery System” . Di antara strategi tersebut adalah meliputi pelbagai langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di mana langkah-langkah berhubung Hand-Holding, Proses Kelulusan Pelan Bangunan dan CFO melalui OSC, dan langkah berhubung dengan mempercepatkan kelulusan lesen dan permit. (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2003).


Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan mutu perkhidmatan bandar dan kualiti hidup juga perlu diberikan penekanan oleh PBT, khususnya dalam aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Tahap kebersihan bandar dan persekitaran di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar , stesen bas, kawasan rekreasi, taman-taman awam, premis perniagaan, tandas awam dan sebagainya hendaklah diselenggara dengan baik dan sentiasa terjaga kebersihannya. Jika sekiranya aspek ini tidak diberi perhatian dan seterusnya tidak diambil tindakan yang berkesan seperti tindakan undang-undang, penyelenggaraan kawasan dan sebagainya, ianya boleh mendatangkan imej yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri dan PBT berkenaan terutama di kalangan pelancong dari luar negara.

Hal inilah yang diambil berat oleh PPJ dalam usaha menguruskan dan mentadbir Putrajaya. Mereka menyedari bahawa segala keefisienan Bandar yang diuar-uarkan adalah tidak seratus peratus berjaya kerana terdapat juga kelemahan dan cabaran-cabaran yang dihadapi, melainkan adanya kerjasama yang dapat diberikan oleh penduduk.

Artikel seterusnya akan menghuraikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi Perbadanan.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Some Info About PPJ





Objective

Perbadanan Putrajaya was established under the Perbadanan Putrajaya Act 536, 1995 for the purpose of managing and administering Federal Territory of Putrajaya. Perbadanan Putrajaya is also entrusted with the functions of a local authority and local planning authority by various orders and notifications under the Local Government Act.




Function

(As stipulated in Section 4 of the Perbadanan Putrajaya Act)



¤ To perform all functions of a local government in Federal Territory of Putrajaya
¤ To promote, stimulate, facilitate and undertake commercial, infrastructure and residential development in the area
¤ To promote, stimulate and undertake economic and social development in the area
¤ To control and co-ordinate the performance of the above activities in the area


Vision

¤ Putrajaya will be a well-managed, vibrant and prosperous Federal Administrative Capital, that fulfils the socio-economic, recreational and spiritual needs of (its) residents, workers and visitors


Mission

The PPJ core purpose is to plan, manage and develop the federal administrative capital in an effective and efficient manner.

PPJ are also endeavour to play a leading role in making Putrajaya's vision of becoming a well-managed, vibrant and prosperous city a reality by:-

¤ Formulating the right policies and framework for development.

¤ Developing constructive engagement and alliances with all stakeholders and partners.
¤ Building a high-performance, efficient and customer-friendly organisation.
¤ Providing world-class public amenities and facilities.
¤ Cultivating a conducive environment for thriving commercial activities.
¤ Practising a high degree of good governance and integrity.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Perbadanan Putrajaya (PPJ)

Kumpulan kami telah diarahkan untuk mengkaji Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Putrajaya iaitu Perbadanan Putrajaya(PPJ). PPJ merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus segala aktiviti perbadanan adalah Tan Sri Samsudin Osman.


Objektif

Objektif perbadanan adalah untuk mentadbirkan dan menguruskan Kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan.



Fungsi-fungsi Perbadanan ialah—

(a) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(b) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(c) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan
(d) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya.



Bidang Kuasa Perbadanan

Perbadanan mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang berkait rapat dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya. Antara bidang kuasa mereka adalah :-
(a) menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;

(b) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti aktiviti yang bersifat komersil di mana penjalanannya dirasakan perlu oleh Perbadanan, berfaedah atau sesuai dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;

(c) mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan-tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;

(d) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen pengurus atau selainnya bertindak bersama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan;
(e) memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa- apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan;

(f) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;

(g) menghendaki jabatan-jabatan kerajaan dan agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam atau bercadang hendak menjalankan pembangunan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya mengemukakan laporan-laporan,yang mengandungi butir dan maklumat yang ditentukan oleh Perbadanan, mengenai aktiviti aktivitinya;

(h) melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi melaksanakan fungsifungsinya;

(i) dengan kelulusan Menteri, menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindah milikkan atau melupuskan mana-mana aktivitinya berhubungan dengan fungsi-fungsinya di bawah seksyen ini atau menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan mana mana asetnya;

(j) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana mana fungsi atau kuasanya;

(k) mengawalselia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan

(1) melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsifungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.




Sedikit Data


Keluasan 49.30 km persegi
Jumlah Penduduk 37, 200 (bancian pada tahun 2000)
Komposisi Penduduk Bumiputera : 35,600 (96.00%)
Bukan Bumiputera : 1, 600 (14.00%)

Tentang Putrajaya

Sebelum kita tertumpu pada Perbadanan Putrajaya(PPJ) eloklah dahulu sekiranya mengimbau dan meneliti selok belok tentang Putrajaya. Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah salah satu pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Sebagaimana kita tahu, sebelum diitubuhkan Putrajaya, Kuala Lumpur merupakan satu tempat bagi semua pentadbiran. Lantas, memandangkan perkembangan sosioekonomi yang semakin pesat, pihak kerajaan memindahkan k kepada satu tempat yang strategik seperti sekarang iaitu Putrajaya. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun dan negara-negara barat dan eropah.

Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Oleh yang sedemikian, Perbadanan Putrajaya(PPJ) diberikan mandat dan kepercayaan bagi mengurus perjalanan dalam kawasan putrajaya ini dalam berkeadaan yang baik. Hal ini adalah penting bagi menjaga imej bandar kepada pelancong asing dan negara secara amnya.

salam...prof dr Hamzah telah menyenaraikan sebanyak beberapa belas pihak berkuasa tempatan(PBT) di sekitar Lembah Klang. Setiap kumpulan dibahagikan kepada tiga pelajar untuk satu PBT yang akan menjadi subjek kajian. saya, Mohammed, dan Mohd Afiq diberikan mandat dan kepercayaan untuk mengkaji di Perbadanan Putrajaya. Tujuan diadakan kajian ini adalah untuk menilai dan mengkaji terhadap PBT daripada pelbagai aspek misalnya tahap keefisienan bandar yang dijaga.
Kami sebagai pengkaji akan bertemu responden seramai 45 orang untuk dijadikan pemangkin kejayaan projek ini. InsyaAllah, dengan kekuatan yang ada pada kami, dorongan dari tenaga pengajar dan rakan-rakan akan menjadikan kerja yang diamanahkan lebih berjaya.

Rabu, 3 September 2008

DEFINISI PEMBANDARAN

Urbanisasi didefinisikan sebagai proses pertumbuhan penduduk di bandar-bandar. Selain itu, ia juga merujuk kepada proses perubahan terhadap tempat kediaman yang bersifat tradisional kepada kediaman bersifat moden. Seterusnya urbanisasi juga dikatakan daripada proses perubahan sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perniagaan dan perdagangan.

Secara umumnya,urbanisasi pesat berlaku di negara-negara sedang membangun di asia dan juga di negara maju. Tetapi ciri-ciri urbanisasi di kedua-dua negara adalah berbeza mengikut tahap negara masing-masing. Ciri-ciri urbanisasi di negara membangun ialah migrasi ke bandar, pendapatan rendah, kerja di kilang kurang, urbanisasi palsu, terlibat dalam sektor tertier dan akhir sekali ialah taraf hidup rendah. Manakala ciri-ciri urbanisasi di negara maju ialah migrasi ke bandar, taraf hidup tinggi, banyak peluang kerja di kilang, terlibat dalam sektor kilang dan akhir sekali jumlah pendapatan yang tinggi.

Migrasi ke bandar merupakan ciri pertama urbanisasi di negara yang sedang membangun. Migrasi dalaman dan luaran berlaku demi meningkatkan kualiti hidup. Contohnya migrasi dalaman yang dilakukan oleh penduduk Indonesia adalah demi kepentingan bersama. Selain itu, proses transmigrasi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia adalah untuk menyeimbangkan sumber-sumber yang ada. Penduduk Pulau Jawa di pindahkan ke pulau-pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang mempunyai populasi penduduk yang sedikit.

Proses transmigrasi ini telah mewujudkan banyak bandar baru.Di samping itu, penawaran peluang pekerjaan di sektor perkilangan adalah kurang dan ini menunjukkan berlakunya proses pembandaran atau urbanisasi. Kebanyakan penduduk di negara sedang membangun mengambil peluang bekerja di sektor perkilangan demi menambahkan pendapatan mereka. Pendapatan yang rendah diterima oleh penduduk adalah ciri ketiga proses urbanisasi di negara sedang membangun. Pendapatan rendah yang diterima oleh mereka adalah disebabkan penawaran peluang pekerjaan yang sedikit. Hal ini kerana urbanisasi di negara sedang membangun tidak disertai dengan proses perindustrian.

Terdapat banyak urbanisasi palsu (pseudo urbanization) berlaku disebabkan oleh proses pembandaran. Urbanisasi palsu atau lebih dikenali sebagai setinggan banyak terdapat di bandar-bandar negara sedang membangun. Masalah setinggan ini adalah kerana faktor pendapatan yang rendah tetapi taraf hidup yang tinggi. Pada pandangan saya, masalah setinggan ini patut diatasi demi mempercepatkan lagi proses pembandaran. Selain daripada itu, kebanyakan penduduk terlibat dalam sektor tertier atau lebih dikenali dengan sektor pertanian. Kebergantungan penduduk terhadap sektor ini masih lagi tinggi kerana faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan yang rendah. Keterlibatan penduduk dalam sektor tertier menyebabkan taraf hidup penduduk di negara yang sedang membangun rendah.

Manakala ciri pertama urbanisasi di negara maju pula adalah sama dengan ciri urbanisasi di negara yang sedang membangun iaitu migrasi ke bandar. Migrasi ke bandar berlaku adalah disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang banyak. Penawaran peluang pekerjaan yang yang banyak adalah disebabkan oleh keterlibatan bandar dalam sektor perkilangan. Hal ini kerana perkembangan bandar disebabkan oleh perkembangan perkilangan. Proses ini seterusnya menambahkan pendapatan rakyat di negara maju.

Rabu, 27 Ogos 2008

Sekapur Sirih

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,saya Mohd Shukrimi bin Samsudin(A119734) dari program sains pembangunan merakamkan salam sejahtera kepada tenaga pengajar kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar Prof. Madya Dr. Hamzah bin Jusoh,Puan Marsyitah Mohd Radzi dan Cik Deyana Tambi. Memandangkan teknologi sudah kehadapan,segala projek dan intipati kursus akan dimuatkan ke dalam blog ini. Diharapkan tenaga pengajar,rakan-rakan dan para pengunjung blog memberikan tunjuk ajar dan pandangan untuk saya meningkatkan pemahamam dengan lebih mendalam tentang tajuk urbanisasi atau pembandaran ini...